Monday, December 20, 2010

.::Aku dan Aktiviti Seni::.

Rasa malu plak nak bercerita pasal aktiviti-aktiviti aku masa sekolah…hikhikhik…Masa sekolah dulu aku pernah masuk pertandingan nyanyian…hehehe…SUARA AKU TAK SEDAP PUN…masuk just suka-suka jer…masuk pertandingan tu pun secara berkumpulan…3 orang satu group…nama group kitaorang The Irresistible Boy…Nie dia sijil sebagai bukti…hehehe…PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU INGGERIS KAWASAN MELAKA TENGAH kat SMK Yok Bin, Melaka.


Lepas tue, aku gak minat melukis...Aku pernah masuk Pertandingan Melukis Sempena Hari Guru…Cuba teka aku dapat nombor berapa? Cepat teka…Cepat2…Nombor 3…Aku pun tak sangka aku dapat nombor 3…Padahal lukisan aku tu buruk jer nampak…Lukis gambar cikgu rambut yang mengurai dengan bunga sekali…Hehehehe…Kebetulan…salah seorang cikgu aku nampak lukisan aku kat sudut ilmu…Dan dia tanya betul ker lukisan aku? Pastu die pun bagi aku hadiah…Nak tau hadiah aper? Gula-gula jer!!!Hahahahahaha…Btw, aku tetap APPRECIATE apa yang cikgu aku bagi tue…Hehehehe…Lepas tue…aku gak pernah masuk Pertandingan Lukisan Sekolah – Sekolah Malaysia 2005 kat Kolej Yayasan Melaka…masuk nie just suka-suka jer ikut kawan…Huhuhu…




Lagu satu, aku gak suka berdebat…Biasa lah…mulut aku yang LASER + PUAKA!!!Tapi aku tak la aktif sangat coz aku tau aku takleh nak menyampaikan idea secara spontan…Aku pernah masuk pertandingan debat sempena Pertandingan Perbahasan Minggu Bahasa Melayu…Dan cuba teka aku dapat nombor berapa? Teka lagi sekali…Cepat2…Aku dapat Johan!!! Thanks kepada group members aku…



p/s – mesti semua orang rasa aku POYO kan aku tulis semua benda nie…Tapi ni lah kenangan manis aku sepanjang aku bersekolah kat SMK Tinggi Melaka ataupun dikenali sebagai Malacca High School…MELIORA HIC SEQUAMOR…Ni lah motto sekolah aku yang bermaksud DI SINI TERDIDIKNYA MANUSIA… J








.::Aku dan Aktiviti Sukan::.

Actually aku tak aktif sukan pun!!! Hehehe…Aku juz masuk suka-suka jer…Aku mewakili fakulti masuk Bola Tampar (actually tak cukup orang…sebab tue aku masuk)…hehehe…Dan cuba teka group aku dapat nombor berapa? Dapat tempat ketiga…Hikhikhik…Dan disebabkan Bola Tampar ni lah…jari hantu a.k.a jari f**k aku ni sakit…Huhuhu… L Hampir beberapa hari la jari aku berbalut…



dan aku gak dapat medal walaupun jari hantu aku sakit!!!Hehehe...





Saturday, December 18, 2010

.::Aku dan Rakan Jimba::.

Macam mana nak mulakan erk…mulakan dari mula-mula daftar UiTM Shah Alam la…aku rasa aku daftar awal kot masa tu coz aku pegi daftar kolej dulu…ahakzz…pastu aku pun daftar fakulti…dalam duk menunggu giliran nak daftar…aku masih ingat lagi orang yang first tegur aku adalah si Nurul Syaheeda a.k.a Shidot yang meletopsss tue!!! Maybe dia terdengar aku borak-borak dgn kawan aku dari UiTM Kelantan kowt…Aku borak-borak pasal kolej tu la…housemate ada berapa orang…pastu kalau nak serumah kena daftar sama-sama…nanti baru dapat serumah…huhuhu…pastu kebetulan si Nabila Huda a.k.a Abib pun ada…Si Shidot cakap tu ha orang kampong kau…Hahaha…Aku pun borak-borak dengan Abib dia duduk mana n aku duduk mana…Huhuhu…Pastu aku pun balik ke kolej balik n jumpa dengan si Saiful Azhar a.k.a Epul…Kebetulan kitaorang tak dapat serumah…Hahaha…Yang penting aku duduk rumah tu sorang-sorang selama 2 or 3 minggu…Korang berani???Hahahaha…Padahal rumah tu untuk 8 orang…Last2 aku duduk sorang…Dan lepas beberapa minggu Epul pun berpindah ke rumah aku…Sebelum pindah tu kena mohon dengan pengetua kolej…Yang aku tak sangka boleh ke pengetua yang pakai songkok tu boleh menyentapkan kitaorang…(aku tak nak bercerita kat sini coz ianya sensitif)…Lepas tue aku pun memulakan kehidupan aku sebagai student…Aku pun pergi kuliah dan jumpa kawan-kawan baru…Yang penting UiTM Johor lagi ramai dari UiTM Kelantan…Aku pun menyepikan diri SEKETIKA…SEKETIKA yer coz aku nie memang PEMALU kalau dengan orang yang aku tak kenal…Hahaha…Boley macam tue???....Dan aku gak malu kalau aku jumpa dengan kawan yang dah lama aku tak jumpa…Please la jangan cakap aku SOMBONG!!!Coz actually, aku ni seorang yang PEMALU!!! Dah beberapa minggu lepas tue aku pun berkawan rapat dengan Siti Shahidatul Akmal a.k.a Mak Ety n Abib…

Mak Ety + Amy + Abib

Best kawan dengan diaorang nie coz kitaorang sekepala…Perangai giler-giler macam aku!!! Dan diaorang selalu tolong aku dalam aku KESUSAHAN…Kitaorang selalu berjimba sama-sama n pegi makan-makan kat Alam Budiman n TTDI…Yang penting lepas TEST atau QUIZ jer terus berjimba…Nak lepaskan tension katernyer…Kitaorang selalu pergi KARAOKE…pastue ajak gi RED BOX la...pastu gi hotel la (ooopsss bukan nak check in...juz nk gi tempat karaoke jer...hikhikhik) Suara Mak Ety n Abib memang very the POWER n MELETOPSSS!!! Suara aku jer yang HANCUS!!! Hahaha… Aku n Mak Ety selalu nyanyi lagu Kehebatan Cinta…Hahaha….Suara Mak Ety macam Siti Nurhaliza...Dia gak pernah masuk audition Jangan Lupa Lirik!!! Kelas kau Mak Ety!!!




Kehebatan Cinta!!!


Kawan-kawan baru!!!



Percaya atau tidak dengan ungkapan nie??? LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH….tu la…tak semestinya cerah kan…kadang-kadang mendung...kadang-kadang petir n macam-macam lagi…kadang-kadang diaorang ni aku perasan la…terasa jugak dengan aku…Huhuhu…aku selalu buat muka dengan diaorang...kadang-kadang aku mendiamkan diri...tak bercakap dengan diaorang...itu semua berpunca dari aku...maybe masa tue aku ada problem aku sendiri...tak der kena mengena dengan korang k... :) 

Lagi satu perangai yang aku tak boleh elak ialah aku ni mulut LASER + PUAKA…Maklum la orang Melaka macam aku!!!Perkataan HAWAU…LAHABAU n MAKI HAMUN yang lain dah biasa bagi aku…Apa yang aku cakap tue bukan dari hati aku…gurau semata-mata…By the way…Kalau korang terasa, aku MINTAK MAAF banyak sangat-sangat!!! PEACE NO WAR!!! LOVE BOTH OF YOU SITI SHAHIDATUL AKMAL BINTI KHORIZAN AND NABILA HUDA BINTI MOHAMMAD!!!



Abib

Mak Ety



p/s - rindu kat Mcyang...Oooopssss...Hehehe...


Wednesday, December 15, 2010

.::Tanda Kasih::.

Tiba-tiba suka lagu lama pulak....

Tu pun sebab Dayang Nurfaizah yang nyanyi lagu ni masa Festival Filem Malaysia ke-23.
Actually aku minat giler Dayang Nurfaizah dari dolu-dolu lagi...hikhikhik...
Lagu nie mempunyai maksud yang mendalam!!!


.::Tanda Kasih::.


( P: )
Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa

( L: )
Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa

( P: )
Berputus asa jangan
( L: )
Mengeluh pun jangan
( P: )
Tenangkan hati janji jangan lupakan
Supaya aman

( L: )
Berpisah lama jangan
( P: )
Berjauh pun jangan
( L: )
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan

( L&P: )
Hati susah jadi senang
Kenangan jika datang
Terasa kasih sama tiba menjelang
Menambah sayang
Sebab apa hati resah
Seperti orang salah
Itukah tanda kasih akan berpisah
Membawa tuah



.::Dayang::.
Sayang & Cahaya


Monday, December 13, 2010

.::aku dan zaman remaja::.

Aku sekolah menengah di SMK Tinggi Melaka a.k.a Malacca High School. Tapi sebelum tue, selepas UPSR, aku sepatutnya dapat sekolah di SMK Tun Tuah. Ada sebab-sebab tertentu aku pindah ke Malacca High School. Pada waktu inilah aku berpisah dengan kawan sekolah rendah aku L…Akan tetapi aku mendapat kawan-kawan baru di sekolah menengah. Aku juga duduk asrama sampailah Tingkatan 3. Masa Tingkatan 1, aku dapat kawan-kawan yang semuanya pandai-pandai dan diaorang semua sama bilik study dgn aku. Diaorang adalah Nazree, Izzat dan Syahir. Yang masih aku ingat lagi, masa Tingkatan 1, masa exam jer, kitaorang selalu buat perbandingan markah. Buat senarai subjek n isi nama masing-masing pastu isi markah lepas dah tau result. Yang paling penting setiap exam jer aku selalu dapat yang paling rendah!!! Hahaha…padan dengan muka aku…Yang selalu dapat markah paling tinggi tak lain tak bukan si Nazree yang bijaksana tue lah…Hehehe…Pastu, masing2 nak adik angkat!!!Hahaha…Boley macamtu???Hehehehe….Tak lama kemudian tue…Lepas sorang, sorang keluar asrama…mula2 si Syahir, pastu si Nazree, pastu si Izzat…Aku pun apa lagi…Keluar la asrama gak!!!Hahaha…Tapi sebelum tue aku perlu mention nama orang lain gak…Kawan2 yang lain macam Rabbani, Amir Selva, Amran Selva….Yang lain-lain…Hamizan, Yazid, Amir Salleh…Saper lagi erk???Dah lupa la….Pastu masuk Tingkatan 4, aku dengan Syahir masuk kelas IT…Izzat, Nazree n Amir masuk kelas Sains…Rabbani masuk kelas Akaun…Lepas tue, habis jer SPM, aku, Izzat, Rabbani n Syahir masuk F6…Amir Selva n Nazree masuk matriks… Tapi aku masuk F6 separuh jalan jer coz aku dapat tawaran masuk UiTM…Tinggal lah si Izzat dekat MHS tu…Si Syahir lak dah pindah sekolah berdekatan dengan rumah dia…Sebelum aku nak masuk UiTM, si Izzat suruh aku fikir-fikir panjang-panjang betul ker aku nak masuk UiTM coz diploma mengambil masa yang lama…huhuhu…Dan aku pun keluar dari F6…aku sempat la ambik beberapa exam masa F6 dulu n Ekonomi aku selalu jer gagal…Hahaha…DD la, SS la…Aku gak dapat kawan-kawan baru masa F6 seperti Mimi, Iba, Khalil n lain-lain lagi…Lepas tue…Aku pun menjalankan kehidupan aku sebagai student U kat UiTM Kelantan…Orang kata jauh perjalanan luas permandangan n aku pun tak sangka boleh pergi rumah Mimi kat Kelantan…Thanks Mimi…Lepas tue…result F6 pun dah keluar…Si Izzat dah mengharumkan nama MHS coz dia dapat 4.0 flat…macam2 penceritaan aku dengar tentang dia...masuk paper la…yang penting reporter siap ikut dia masa nak balik rumah kat Peringgit tue…Bukan jer ikut tapi suruh tumpang lagi…Wah!!! Bestnyer jadi ko Izzat!!! Congratzzzz to u!!! pastu dia pun dapat sambung belajar kat Universiti Malaya…Dan sekarang semuanya sudah berpisah…setelah sekian lama tak keluar sama-sama…Dengar kata nak buat reunion…Sempena 10 tahun berkawan katanya…Tapi sampai sekarang aku menunggu………………………………………........................................................................................ ……………………………………………………………………………………………………............menunggu……………………………………………………dan menunggu..............…………………….. ……………………………………………………………………………………….!!!!!!!!!!!!!!!!



nampak tak nama kitaorang kat dinding tue???hikhikhik...



kat asrama....


masuk Pentomin...sumer pelakon hebat!!!



Sunday, December 12, 2010

.::aku dan zaman kanak-kanak::.

Jika orang bertanya pada aku what is the best moment in your life? Aku akan akan jawab masa zaman kanak-kanak lah yang paling buat aku gembira. Kalau boleh, aku terasa ingin kembali pada zaman kanak-kanak tapi apakan daya kita semakin hari semakin membesar. Pada zaman kanak-kanak dulu aku duduk kat Klebang Besar. Aku juga tadika kat situ. The best moment ialah aku pergi tadika naik beca…hikhikhik…Ada kawan aku sorang tu pun naik beca...nama dia Siti Zubaidah...hikhikhik... Ada suatu hari tue aku tak nak pegi tadika coz aku nak ikut mak aku pergi kerja…Adoiii…kadang-kadang malu la plak bila fikir-fikir balik. Lepas tadika, aku pulak masuk sekolah rendah dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Tengkera 2 atau dikenali Tengkera English School 2 dari darjah 1 hingga 6. Dari situ juga merupakan  banyak memori yang tak boleh aku lupakan. Aku juga ada seorang kawan…Hafiz Safwan namanya yang dulu rumah datuk die kat Klebang Besar. Aku selalu jer pergi rumah datuk dia main2 dengan adik-adik dia…hahahaha…Dan sekarang…semuanya dah besar…mana tak nyer…dari tahun1995 dan sekarang tahun 2010…kalau dihitung dicongak ditambah dibahagi ditolak… dah 15 tahun…lama tue…huhuhu…dan sekarang ramai jugak aku add kawan-kawan sekolah rendah  aku kat Facebook. Masing-masing ada kehidupan sendiri dan ramai jugak yang semakin cute, membesar, tinggi n lain-lain lagi…huhuhu… J…Dekat sini ada 2 keping jer gambar masa aku kecik-kecik… hikhikhik..tue pun kawan aku yang upload kat Facebook…huhuhu…






Setakat yang aku ingat la...hikhikhik...Syazwan Rahman, Zulhilmi Ahmad, Farhan Ibrahim, Akmal Ikhwan, Adie, Hafiz Safwan, Syazwan Abdullah, Lee Kah Leng, Tan Thiam Ann, Tay Kim Gee, Raymond, Adam, Fadhil, Syafeeq Fauzi, Tay Seng Ann, Yasser, Arifuddin, Hamizan...
kepada yang aku tak sebut nama tu jgn kecik ati yer!!! maklum la aku ni dah tua...x ingat...hikhikhik...
Kuat gak memori aku kan..hikhikhik... :)

Yang sama sekolah menengah dengan aku tapi lain2 kelas la...Adam, Fadhil, Syafeeq Fauzi, Syazwan Abdullah, Yasser...

Bila la dieorang nak wat reunion???Persoalan di situ!!!…hehehe…

.::KONVOKESYEN::.

Pada 29/5/2010 adalah konvesyen pertama aku untuk pengajian Diploma Pengurusan Maklumat. Pada hari Jumaat (28/5/2010), aku telah mengambil jubah untuk dipakai pada masa konvokesyen nanti. Selepas aku mengambil jubah, mak aku tunggu di tangga di tempat letak kereta. Sementara aku menunggu abang-abang aku yang lama sangat-sangat di tandas, aku terjumpalah sekumpulan kawan-kawan aku yang menegur aku. Tiba-tiba, aku terasa tersentap sekejap, macam ni ayatnya, " ****, ko tunggu siapa? ". Aku pun apa lagi, Aku hanya mampu menunjuk isyarat mata yang mak aku ada di sebelah sambil menjawab "ha...ha...ha...". Selepas itu, aku pun pergi Intekma Resort untuk "check-in". Tiba-tiba ada masalah sikit, masa "check-in" wajib kena pukul 3 petang dan "check-out" wajib pukul 12 tengahari. Tetapi waktu tersebut baru menunjukkan jam 11 pagi, agak terlalu lama menunggu, jadi kita orang pun pergi PKNS dan Plaza Alam Sentral untuk "bershopping". Setelah hampir hendak pukul 3, kita orang balik ke Intekma Resort untuk "check--in". Bilik yang kita orang dapat adalah 1027 dan 1028. Di situlah tempat tidur sementara tunggu hari konvokesyen keesokan harinya.

Bangunnya dari tidur, aku terlihat sinaran cahaya matahari yang indah dari jendela menyinari kamar tidurku. Aku pun mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke konvokesyen. Aku pun terus "check-out" dari Intekma Resort dan terus pergi ke UiTM. Tempat letak kereta semuanya penuh. Jadi, aku letak kereta jauh sikit dari Dewan Sri Budiman. Setelah beberapa minit jalan kaki menuju ke dewan, akhirnya sampai juga. Orang pertama yang aku jumpa ialah Epul. Dialah penunjuk arah ke mana abang-abang aku perlu beratur. Selepas itu, jumpalah Che' Ros membetulkan mekap aku...hehehe...

Selepas itu, para graduasi bersedia beratur untuk masuk ke dewan. Nak dikatakan, akulah yang paling mengeluarkan peluh yang banyak sekali. Orang terlalu ramai dan sesak sekali. Aku adalah orang yang ke 1004 dari 1016. Sementara beratur untuk untuk masuk ke dewan, aku telah dipanggil oleh orang UiTM untuk pergi ke pejabat. Hatiku berdegup kencang, aku tidak tahu kenapa aku dipanggil. Rupa-rupanya, barulah aku tau, masuk saja dari pejabat itu, ada ramai orang yang telah digunting rambutnya. Aku pun adalah mangsanya. Masuk-masuk saja aku telah diarahkan untuk menulis nama. Selepas tulis nama, aku pun duduk di atas sofa, dan dengar para graduasi bertanya kepada orang UiTM " Kenapa Farid Kamil yang keluar surat khabar tu rambut dia panjang masa konvo aritu? Ni "bias" ni!!!" Begitulah soalan yang diajukan kepada orang UiTM dan orang UiTM tersebut hanya mampu terdiam. Selepas itu, giliran aku pula untuk diguntingkan rambut. Rambut aku tidak kemas dipotongnya tapi layanannya baik jugalah. Siap dia menepuk-nepuk baju aku yang berpeluh dan dipakaikan bedak. Selepas itu, aku pun pergi ke dewan untuk beratur semula, tetapi aku tengok semuanya dah lengang dan kosong. Tiba-tiba ada seseorang memanggil aku dan menunjukkan tempat duduk aku. Aku duduk tidak mengikut urutan yang telah disediakan. Setelah lama pro canselor dan naib canselor berucap, aku pun beratur di luar dan yang lain di dalam. Aku pun berpeluang mengambil gambar dengan seseorang...hehehe... Setelah sekian lama menunggu di luar, nama aku pun dipanggil dan aku "catwalk" menuju ke atas pentas. Tidak lama selepas itu, majlis konvokesyen untuk sidang 15 pun tamat dengan jayanya. Selepas itu, aku pun bergambar sakan dengan bunga-bunga dan rakan-rakan serta keluargaku.


Epul, Sue, Mc Yang, Nisa, Che' Ros


Che Ros, Mc Yang, Epul


Mc Yang


Yana, KA




My Mum


My mum with different flowers


Flowers


Michael

Konvokesyen dalam kesedihan dan kegembiraan