Monday, December 20, 2010

.::Aku dan Aktiviti Seni::.

Rasa malu plak nak bercerita pasal aktiviti-aktiviti aku masa sekolah…hikhikhik…Masa sekolah dulu aku pernah masuk pertandingan nyanyian…hehehe…SUARA AKU TAK SEDAP PUN…masuk just suka-suka jer…masuk pertandingan tu pun secara berkumpulan…3 orang satu group…nama group kitaorang The Irresistible Boy…Nie dia sijil sebagai bukti…hehehe…PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU INGGERIS KAWASAN MELAKA TENGAH kat SMK Yok Bin, Melaka.


Lepas tue, aku gak minat melukis...Aku pernah masuk Pertandingan Melukis Sempena Hari Guru…Cuba teka aku dapat nombor berapa? Cepat teka…Cepat2…Nombor 3…Aku pun tak sangka aku dapat nombor 3…Padahal lukisan aku tu buruk jer nampak…Lukis gambar cikgu rambut yang mengurai dengan bunga sekali…Hehehehe…Kebetulan…salah seorang cikgu aku nampak lukisan aku kat sudut ilmu…Dan dia tanya betul ker lukisan aku? Pastu die pun bagi aku hadiah…Nak tau hadiah aper? Gula-gula jer!!!Hahahahahaha…Btw, aku tetap APPRECIATE apa yang cikgu aku bagi tue…Hehehehe…Lepas tue…aku gak pernah masuk Pertandingan Lukisan Sekolah – Sekolah Malaysia 2005 kat Kolej Yayasan Melaka…masuk nie just suka-suka jer ikut kawan…Huhuhu…




Lagu satu, aku gak suka berdebat…Biasa lah…mulut aku yang LASER + PUAKA!!!Tapi aku tak la aktif sangat coz aku tau aku takleh nak menyampaikan idea secara spontan…Aku pernah masuk pertandingan debat sempena Pertandingan Perbahasan Minggu Bahasa Melayu…Dan cuba teka aku dapat nombor berapa? Teka lagi sekali…Cepat2…Aku dapat Johan!!! Thanks kepada group members aku…



p/s – mesti semua orang rasa aku POYO kan aku tulis semua benda nie…Tapi ni lah kenangan manis aku sepanjang aku bersekolah kat SMK Tinggi Melaka ataupun dikenali sebagai Malacca High School…MELIORA HIC SEQUAMOR…Ni lah motto sekolah aku yang bermaksud DI SINI TERDIDIKNYA MANUSIA… J








No comments:

Post a Comment